
Click here to play this game
Pemblog akan memaparkan pandangannya berkaitan isu-isu yang dialaminya. Beliau juga akan berkongsi pandangan tentang falsafah. ENGLISH TRANSLATION: BLOGGER WILL POST HIS VIEWS REGARDING ISSUES THAT HE EXPERIENCES HIMSELF. HE ALSO WILL SHARE ISSUES REGARDING PHILOSOPHY TOO.
Lukisan potret saya dibuat oleh Saudara Dino di Pasar Budaya [yang dapat dikenalpasti melalui tandatangan beliau pada lukisan asal]pada sekitar pertengahan tahun 1995. Lukisan potret tersebut telah disiapkan dalam masa sejam dengan mengambilkira kurang lebih 5 minit berpandukan jamtangan Citizen yang dipakai oleh saya pada masa itu. Yang sebenarnya saya tidak merancang pun untuk diabadikan wajah saya ke dalam bentuk potret pada tengahhari itu. Begitulah juga, apa yang saya beritahukan kepada Puan Ruby Ahmad[blogger terkenal, yang pernah diwawancarakan di dalam program Blog di RTM1(laman blognya http://rubyahmad.blogspot.com)] bahawa saya juga bertindak mengikut dorongan hati. Saya akan sorotkan kembali apa yang berlaku di sana, sewaktu potret saya dilukis. Apabila saya mendekati Saudara Dino untuk potret saya dilukis oleh beliau, soalan pertama yang saya tanyakan kepada beliau, ialah berapa harganya untuk beliau melukis potret saya, yang mana beliau menjawabnya sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh . Dan saya pula tanpa banyak soal, terus bersetuju dengan harga tersebut, lantaran musim menuai[hari pembayaran gaji] untuk kakitangan kerajaan, baharu sahaja bermula. Saudara Dino juga menanyakan saya satu soalan apabila saya mendekati beliau, iaitu kepada siapa saya ingin tujukan potret saya selepas siap nanti. Dia menanyakan adakah potret itu nanti akan dipersembahkan kepada kekasih hati[pada masa itu yang sebenarnya, saya telah pun mempunyai dua orang anak, seorang perempuan berumur 4 tahun dan seorang lelaki berumur 1 tahun], yang mana saya menjawabnya, tidak. Selepas itu beliau menjawab sendiri, tanpa menanyakan sekali lagi soalan itu, bahawa ianya adalah ibu saya. [Yang sebenarnya, potret ini saya tidak tujukan kepada sesiapa, melainkan untuk diri saya sendiri, kerana saya ingin melihat bagaimanakah rupa potret wajah saya, pada sudut seorang artis/pelukis, yang mana gambar foto begitu mudah kita mendapatkannya, tetapi tidak pada gambar lukisan] Saya juga meminta kebenaran daripada Saudara Dino untuk mengunyah kacang atau pun makanan-makanan lain sementara menunggu sesi tersebut itu tamat, di mana beliau membenarkannya. Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa sepanjang sesi itu berlangsung, terdapat ramai juga orang ramai yang lalu-lalang singgah untuk menengok secara langsung bagaimana potret seseorang itu dilukis, termasuklah Allahyarham Nasir [Allahyarham Seniman Agung Tan Sri] P.Ramlee. Menurut Saudara Dino sudah lama benar, lebihkurang setahun lalu, tiada pelanggan yang ingin wajah mereka dipotretkan secara langsung, kalau seperti berikan gambar berukuran paspot atau bersaiz poskad untuk dilukis itu sudah biasa. Sehinggalah datangnya saya pada hari tersebut. Begitulah kesudahan kisahnya. Saya berharap pelawat ke laman blog saya akan dapat mempelajari sesuatu daripada pengalaman saya. Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana meluangkan masa berharga anda untuk menatapi blog saya ini. 


On that day, I was walking home, after shopping daily necessity,at a supermarket, in the Victoria Park[then, a small town, but not very small]. I stayed in an apartment namely Leonard Heights which is located at Leonard Street. My goods was put inside the paper bag, brown in colour[which my kampong's sundry shop used to use it, during my chilhood days]The incident was like this. While I was carrying the goods[come to my mind, it'll not be burdened, if I was using plastic bag, likes now]suddenly, the paper bag was torn and I had to take the pains catch the goods, afraid of they will drop down or whatever they might be. But, luckily there was an old lady, also walking home from shopping, passed by, without being noticed by me, came to my assistance without being asked her sympathy gave me another bag[either plastic or paper was not sure] to solve my problem. That's the true story which was experienced by me in the Down Under, which should be taken as an example that's not only we, Asians[I'm proud born Asian much less Malaysia. Please! Do not misconstrue it]are good and assume all whiteman are bad. MY PHILOSOPHY IS IF WE REGARD OTHERS GOOD, WE'LL BE REGARDED GOOD TOO, AND IF WE REGARD OTHERS BAD, SO DO THEY TOWARD US.

POST SCRIPT:
Selepas ini sekiranya saya mendapati isi kandungan khutbah itu ada maklumat yang boleh dikongsi, saya akan cuba memasukkan lagi di dalam laman ini. Usah khuatir saya dapat teks bacaan khutbah ini langsung dari Tuan Iman yang berkelulusan ijazah dalam bidang Pengajian Islam, namun orangnya sudah tentulah lebih muda dari saya yang penuh dengan motivasi untuk membawa kita ke arah yang lebih baik.
