Sabtu, 3 Januari 2009

Pengalaman menarik yang positif sewaktu di Victoria Park, Western Australia, pada tahun 1984

Pada waktu itu saya di dalam perjalanan pulang dari sebuah pasaraya, selepas membeli-belah sedikit barangan keperluan harian di pekan Victoria Park. Pada masa itu saya tinggal di salah sebuah pangsapuri[iaitu Leonard Heights] yang terletak di "Leonard Street". Pihak pasaraya menaruh barang-barang saya ke dalam kertas pembungkus berwarna cokelat[kalau tak silap saya, di Malaysia pun dah tak guna lagi kertas sebegitu, sebagai pembungkus, sebaliknya menggunakan plastik].

Pengalamannya begini, ketika saya sedang asyik mengendong barang-barang tersebut[kalau dibimbit menggunakan plastik, tidaklah begitu menyeksakan]dengan tidak semena-mena kertas pembungkus itu terkoyak dan barang-barang yang dibeli terpaksa ditampung dengan tangan takut ianya terjatuh. Namun saya tak perasan pada masa itu, ada seorang perempuan tua yang berhampiran saya, juga di dalam perjalanan pulang sambil membawa barang-barang, datang menghulurkan bantuan tanpa disangka-sangka dan ditagih simpatinya.

Perempuan itu dengan rela hati, tanpa diminta-minta, menghulurkan dua plastik pembungkus[atau pun kertas pembungkus, sudah lupa yang mana satu]kepada saya untuk menyelesaikan masalah saya dengan barang-barang yang terkoyak kertas pembungkus itu.

Itulah kisah benar hasil pengalaman saya sendiri yang dapat dijadikan iktibar di negara Mat Salleh, iaitu Orang Putih juga tidak kurang baik, budi bahasanya, bukannya orang Asia sahaja. Saya akan menulis lagi selepas ini, tentang pengalamam saya tidak kira di mana, terutamanya di negeri kelahiran saya Kelantan, Kuala Lumpur dan Terengganu dan juga di Australia Barat.

4 ulasan:

  1. Salam Zainuddin,

    Saya amat tertarik dengan experience ini. Saya setuju dengan Zainuddin yang Orang Putih atau slang kita panggil mereka Mat Salleh ni (sabenar nya dari pengalaman saya sendiri), adalah orang2 penuh berhati perut & berbudi bahasa.

    Kesilapan media tidak memaparkan kebaikan ini, sebab kita hanya menonton filem2 James Bond & Desperate Housewife...ha ha.

    Kadang2 saya akui, keperihatinan mereka jauh lebih halus dari orang2 kita...maaf, sesiapa tersinggung, tetapi ini ada lah pengakuan yang benar & dari first hand experience saya sendiri (berbagai yang saya lalui sendiri di mana saya menerima pertolongan bukan di buat2 tapi betul2 dari hati mereka, sama saperti experience Zainuddin catitkan di sini).

    Tanpa di minta, tanpa di undang, sekira mereka melihat kita dalam kesusahan, automatic mereka memberi pertolongan. Sungguh mencuitkan hati kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya masih ingat, ketika saya sedang menyambung belajar di Canning College, yang pada masa itu terletak di Marquis Street, Bentley . Setiap hari, saya dan pelajar-pelajar Malaysia lainnya akan berulang-alik dari kediaman kami, di Victoria Park, ke Canning College dengan pengangkutan awam, iaitu bas. Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah, sewaktu kita sedang menaiki bas, katakanlah Kita sedang duduk di kerusi penumpang manakala terdapat orang-orang tua(warga emas), sedang berdiri di sebelah kita. Andainya pelajar-pelajar Malaysia yang sedang duduk di kerusi penumpang itu, tidak bertindak sopan dengan memberikan tempat duduk penumpang kepada warga emas tersebut, maka orang-orang Australia akan menjeling atau mengerling ke arah pelajar-pelajar Malaysia yang tidak memberi peluang duduk kepada warga emas yang sedang berdiri di sebelahnya .

      Padam
  2. Assalamualaikum ! dan Selamat Sejahtera!
    Terima kasih banyak-banyak kawanku Ruby. Namun saya juga sebenarnya amat tertarik dengan pengalaman Puan Ruby, di program Blog TV1 RTM di mana Puan ada menceritakan tentang program "Master Mind" tersebut.

    Akhir kata, sekalung tahniah dari saya terhadap Puan Ruby, kerana andalah pelawat pertama Blog saya dan teruskan komen anda, asalkan ianya ikhlas untuk peningkatan laman blog saya, dan saya rasa bersemangat untuk meneruskannya, di mana sebelum itu ada juga terfikir tentang perkara-perkara negatif[seperti saya akan dikutuk oleh orang lain, dek perasan kononnya pandai sangat nak menulis]
    May God Bless You.

    BalasPadam
  3. Dalam catatan di atas, saya tidak memberi penjelasan lanjut tentang apakah yang dimaksudkan tentang program " Master Mind ", yang dikongsikan oleh Allahyarhamah Ruby Ahmad sewaktu beliau diwawancara oleh pihak RTM, sempena rancangan ' Blog '. Sebelum daripada itu, suka saya nyatakan di sini bahawa Kolej Tunku Kurshiah adalah Alma Mater kepada Allahyarhamah Ruby Ahmad . Kita berbalik kepada program " Master Mind " yang disentuh oleh Allahyarhamah Ruby Ahmad, sewaktu beliau diwawancara oleh wartawan TV RTM, Program " Master Mind " adalah terbuka kepada sesiapa sahaja, rakyat United Kingdom . Pada waktu itu Allahyarhamah Ruby Ahmad sedang menyambung pelajarannya di United Kingdom . Program " Master Mind " ini terbuka kepada semua warga United Kingdom, tanpa mengira pangkat, usia, jantina, profession, atau apa pun sekali anda, dengan satu syarat, anda adalah seorang yang waras, Maka, berlangsunglah, program ini untuk suatu jangkawaktu, sehingga tibalah ke peringkat akhir . Pada peringkat akhir inilah ianya satu situasi yang sangat mencemaskan, dan menimbulkan tanda-tanya siapa yang akan bergelar juara . Dengan maksud, adakah tuan Profesor boleh bermegah dengan gelaran Profesornya kerana menjadi juara rancangan " Master Mind " tersebut . Tetapi, barang diingat, terdapat seorang lagi calon yang walaupun profesionnya seorang pemandu teksi namun beliau tidak boleh dipandang enteng(mudah), oleh Profesor tersebut . Kerana seandainya sipemandu teksi tersebut bukannya seorang yang memiliki minda hebat setaraf " Master Mind ", beliau tidak akan berjaya bertahan menempuh duri onak sebelum berjaya ke peringkat akhir . Saya rasa mungkin anda sudah dapat mengagak, siapakah calon di antara dua individu tersebut yang begelar juara di dalam program " Master Mind " yang pernah dikongsikan oleh Allahyarhamah saudari Ruby Ahmad tersebut . Kepada yang meneka, tuan Profesorlah yang bergelar juara berdasarkan keilmuwannya di dalam bidang akademiknya, anda kalah . Pemenangnya adalah seorang pemandu teksi. Rasa saya, saya akan sambung lagi kisah ini di bawah . Insya Allah . Terima Kasih .

    BalasPadam