Isnin, 5 Januari 2009

Saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai mampukah saya berfalsafah

Sebelum itu[sebelum membaca penerangan saya tentang maksud kata-kata falsafah ],
Orang-orang Islam mesti sentiasa ingat di dalam fikiran mereka bahawa sekiranya mereka yakin bahawa kata-kata falsafah saya menyalahi ajaran Islam sila perbetulkan saya dengan hikmah[bijaksana]sepertimana saya berhikmah dengan orang-orang lain dan abaikanlahnya[kata-kata falsafah saya]setakat mana ianya menyalahi ajaran Islam.

Kata -kata Falsafah pertama yang saya cuba memberi penerangan di sini ialah
Masa silam awak tak penting, tetapi masa depan anda dalam bahaya
Ungkapan tersebut saya perolehi hasil dari menonton salah satu program yang disiarkan melalui Televisyen[samada TV1, TV2, TV3, NTV7, TV9, kerana saya tidak berlanggan TV Astro dan belum dapat menerima siaran TV8].

Maksud ungkapan di atas ialah walau betapa prihatin seseorang itu terhadap masa silam mereka, masa silam hanya sekadar untuk dikenang, diteladani, dibuat sempadan dan yang paling penting kita mesti ingat dan ketahui kita tidak akan mengulanginya lagi. Tetapi, masa depan kitalah yang bakal kita tempuhi. Sekira ianya indah, kita akan merasai kebahagiaan. Atau orang berkata kalau dari segi adatnya, kalau masa depan kita indah, kita bakal merasai bahagia. Namun apa kata jikalau masa depan kita nanti suram, misalnya. Tentulah pada adatnya, kita akan menempuhi berbagai-bagai masalah dan kesukaran atau dengan lain perkataan kita akan deritalah jawabnya. Walaupun begitu, kita harus beringat manusia hanya merancang, sebaliknya Tuhanlah yang menentukan. Saya mengatakan begini, bukanlah dengan maksud supaya kita tak perlu merancang dalam setiap tindak-tanduk kita. Oh! itu sudah banyak silap. Maksud saya setelah kita merancang dengan begitu teliti dan rapi, berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu dan tidak menghiraukan apa-apa yang diperkatakan oleh orang-orang lain[dengan syarat kita berada pada landasan yang betul tanpa melanggar apa-apa peraturan atau undang-undang dunia dan undang-undang agama]teruskanlah usaha murni anda itu, kerana kata-kata motivasi ada menyebut " Orang yang tidak merancang sebenarnya dia itu sedang merancang untuk kegagalannya ".

Jadi, kesimpulan saya tentang maksud kata-kata falsafah itu ialah USAH MENOLEH KE BELAKANG SENTIASA MAJU KE HADAPAN; ORANG BERJALAN KE HADAPAN BUKANNYA BERJALAN KE BELAKANG.

Terima Kasih kepada pembaca laman blog saya dan silalah berikan ulasan anda terhadap tajuk catatan saya pada kali ini MAMPUKAH SAYA BERFALSAFAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan