Jumaat, 9 Januari 2009

Pengalaman Saya Bertemu Dengan A. Samad Said

Saya pernah bertemu dengan penulis buku ini iaitu Saudara Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said di Kedai Buku Haniff and Sons[sekarang sudah tiada samada berpindah lokasi atau macam mana] yang terletak berhampiran Pasar seni[Central Market]pada ketika keujudannya[kedai buku Haniff and Sons]pada masa itu. Pada pertemuan kali pertama[dan satu-satunya sehingga ke hari ini]saya dengan beliau itu, saya nyatakan kegembiraan saya dek berpeluang bersemuka secara peribadi dengan beliau, lantas mempelawanya untuk minum-minum[perkena teh tarik misalnya] di warung sekitar Pasar Seni. Namun, beliau menolak pelawaan saya dengan menggelengkan kepalanya sambil tersenyum tanpa berkata-kata walau sepatah perkataan pun. Saya menyebut kepada beliau tentang beberapa novel hasil tulisan beliau seperti Adik Pulang, Daerah Zeni dan Hujan Pagi dan juga Salina[sungguhpun yang sebenarnya saya tidak pernah menyentuh pun novel-novel berkenaan apatah lagi membacanya] Novel yang saya imbaskan di sini, merupakan novel tulisan beliau yang saya bercadang untuk membaca dari kulit depan hinggalah ke kulit belakangnya, yang saya memang telah melakukannya. Untuk makluman, saya bercadang untuk membeli novel-novel masyhur beliau seperti yang saya sebutkan di atas iatu Daerah Zeni, Hujan Pagi atau Salina atau lain-lain lagi, namun setelah membelek-belek hampir sejam di Kedai Buku Wan Ariffin, di Kuala Terengganu, pada hari Selasa bertarikh 26 haribulan Mac Tahun Masihi 2002, bersempena hari pembayaran gaji bulan Mac 2002, saya hanya mampu menjumpai buku ini di mana saya telah menghabiskan bacaan buku tersebut pada 03 haribulan April tahun 2002. Pada pertemuan yang saya anggap begitu bermakna kalau tidak bersejarah sekali pun di dalam hidup saya lantas saya meminta beliau menulis serangkap ataupun sepotong madah, pendapat atau falsafah atau apa-apa sekalipun dari beliau untuk diri saya sebagai tanda pertemuan saya dengan beliau yang dianggap penuh makna itu. Untuk pengetahuan, Saudara Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said tidak mengucapkan walau sepatah perkataan pun, di sepanjang pertemuan yang memakan masa selama kurang lebih sepuluh minit itu. Pertemuan itu berlaku di sekitar tahun 1991 atau 1992. Kata-kata beliau itu yang telah ditulis di sebelah dalam kulit majalah TIME atau NEWSWEEK itu ialah " TIAP YANG BERMULA DARI KIRI AKAN BERAKHIR DARI KANAN" Begitulah kisahnya pertemuan saya dengan idola saya Saudara Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan