Ahad, 4 Januari 2009

KHUTBAH JUMAAT [bertajuk Azam Tahun Baru]

Saya akan menaipkan kandungan khutbah Jumaat yang dihadiri sendiri oleh saya di Masjid Al Karamah/Al Karomah, Mukim Baung Besar, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, yang lokasinnya tidak jauh dari perumahan saya. Khutbah ini kebetulan pada kali ini adalah yang disediakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, yang telah disampaikan pada hari Jumaat, bertarikh 02.01.2009 yang bersamaan 5 Muharram 1430 Hijriah.

Tajuk Khutbah Pada Kali Ini Ialah: Azam Tahun Baru

[Seperti biasa Khutbah dimulai dengan pujian-pujian kepada Maha Pencipta iaitu Alhamdulillahi Nahmaduhu Wanastai'nuhu Wanas Tahdiihi Wanastaghfiruh,.............................................................................................................
..........................................................................................................................................
...........................................................[sehinggalah berakhir dengan Ya Ayyuhallazii Na aamanu Ittaqullah Hahaqqatuqaatih Walaatamuu Tunnailla Waantum Muslimiin.

Ikhwanul Muslimin!
Alhamdulillah, dengan rasa penuh kesyukuran, kita sekali lagi diberi peluang untuk melangkah kaki ke tahun baru di mana pada Satu Muharram yang lepas, kita melewati tahun baru Hijrah manakala pada hari ini kita menyusuri pula tahun baru Masihi. Samada kita sedar atau tidak, kedatangan kedua-dua tahun baru tersebut, sebenarnya menandakan usia kita semakin meningkat dan kita semakin menghampiri saat kematian.

Ikhwanul Muslimin!
Telah menjadi satu tradisi, apabila datangnya tahun baru, kita menyambutnya dengan semangat yang baru, azam baru, diari baru dan segala-galanya baru. Sebenarnya dalam Islam tidak ada istilah tahun baru atau tahun lama! kerana kita senantiasa dituntut untuk patuh dan taat kepada Allah pada setiap masa dari awal tahun hingga akhir tahun, dari umur baligh hingga ke liang lahad.

Firman Allah Subhanahu Wataala surah Al Hijr: 99
Wakbud Rabbaka Hatta Yaktiakal Yakiin[ini sebagai panduan sahaja kerana saya tidak mempunyai perkakasan/perisian untuk menaip Bahasa Arab, jadi janganlah membaca surah AlHijr ayat 99 di atas melalui tulisan rumi saya itu]

Ertinya: Dan sembahlah tuhanmu sehingga tiba kepada kamu keyakinan (kematian)
Namun, tidak menjadi kesalahan apabila tradisi dan budaya menyambut tahun baru ini kita selarikan dengan kehendak dan tuntutan Syarak. Justeru, khutbah Jumaat pada hari ini ingin menyeru agar umat Islam lebih mengutamakan kebaikan, menjauhi kejahatan, bersifat amanah, bertanggungjawab, berdisiplin, jujur dalam setiap gerakkerja. Pada masa yang sama juga, umat Islam wajar sentiasa bermuhasabah diri pada setiap masa yang telah menepati sasaran yang dituntut oleh Allah supaya kita menjadi hamba yang taat? Kerana inilah asas utama yang perlu dibebankan dalam mencari tujuan hidup yang sebenar iaitu semata-mata untuk beribadat kepada Allah, bukan untuk mencari keseronokan duniawi semata-mata. Firman Allah Subhanahu Wataala:

[Wamaa Khalaqtul jinnawal insa Illaa liyakbuduun] -Sekadar panduan dan sama sekali tidak dapat menggantikan teks/matan di dalam Bahasa Arab, harap pembaca faham.
Ertinya: Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabadikan diri kepadaKu

Setahun yang berlalu sudah pasti melakarkan catatan-catatan penting yang boleh dijadikan pengajaran dan iktibar. Jikalau pada tahun lalu, banyak kepincangan-kepincangan yang telah berlaku dalam kehidupan kita samada secara disengajakan atau tidak, maka pada tahun ini kita berazam untuk tidak mengulangi lagi kepincangan yang sama. Jikalau pada tahun lalu kita telah menempa beberapa kejayaan dan kecemerlangan, maka pada tahun ini biarlah kita mencipta kejayaan yang lebih baik daripada tahun sudah kerana seorang muslim akan sentiasa mengarahkan diri mereka ke arah yang lebih baik, sebagaimana kata Saidina Umar Radhiallahuanh.
Celakalah bagi orang muslim yang hari ini lebih buruk dari hari semalam dan hari esok lebih buruk dari hari ini.

Ikhwanil Muslimin!
Satu perkara yang menjadi lumrah, apabila datangnya tahun baru, maka ia sering dikaitkan dengan soalan: Apakah azam dan cita-cita tahun baru? Para artis sudah pasti akan memasang azam untuk lebih cemerlang dalam lakonan atau nyanyian dan menghasilkan filem atau album yang yang lebih meletup lagi.
Ahli perniagaan pula akan bercita-cita untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka agar mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Manakala ahli sukan pula akan menyatakan bahawa mereka akan mempercepatkan lagi usaha untuk menempa nama negara di mata dunia.
Begitulah seterusnya, apabila ditanya mengenai azam, masing akan menyatakan azam dan cita-cita yang pelbagai nada dan bunyinya. Amat jarang sekali kita dengar, orang yang menyuarakan cita-cita untuk menjadi hamba Allah yang lebih bertakwa, lebih pemurah, lebih patuh atau taat kepada hukum Allah dan lebih menghayati ajaran Islam secara Syumul!
Tidak salah untuk menanam azam! Tetapi seimbang dalam usaha mencari kecemerlangan dunia dan akhirat. Selain itu, usaha yang bersungguh-sungguh pula disusuli supaya cita-cita dan azam tersebut menjadi realiti bukannya sekadar azam kosong.

[Faizaa azamta fatawakkal Alallah - Janganlah sesekali dibaca ayat al Quran berdasarkan tulisan rumi, melainkan ini hanyalah gambaran lantaran komputer saya tiada perisian maupun perkakasan yang dapat menulis huruf Hijaiyah[Huruf Jawi/Arab]
(maksudnya)Dan apabila kamu berazam, maka bertakwalah kepada Allah.

Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian serius oleh kita semua ialah pengisian sambutan tahun baru. Kita merasa amat bimbang dan pada masa yang sama merasa amat sedih dan berdukacita apabila kita melihat sambutan tahun baru sering dicemari dengan upacara sambutan yang menitikberatkan dan dipenuhi dengan unsur-unsur maksiat yang jelas menyalahi hukum dan menyimpang daripada adat dan budaya orang Melayu. Tidak dinafikan ada di antara penganjur yang secara terang-terang dan berani menganjurkan sambutan tahun baru dengan acara-acara nyanyian, tari-menari, minum arak sehingga keadaan tidak dapat dikawal di mana pergaulan lelaki dan wanita dan yang bukan muhrim sudah tidak dapat dibendung lagi. Penganjuran yang seumpama ini sebenarnya telah membuka satu lagi ruang bagi mengundang kemurkaan Allah Subhanahu Wataala. Maka sudah pasti golongan muda-mudi yang sentiasa dahagakan hiburan, akan terpikat dengan program yang seumpama ini ibarat diberi gula kepada semut atau disorong bantal kepada orang mengantuk. Maka terlenalah mereka dan hanyutlah mereka sehingga ada yang tenggelam samada dirancang atau tidak, akibat godaan syaitan ramai dari kalangan mereka yang menyambut tahun baru dirancang! Firman Allah Subhanahu Wataala:

[Zaalikum bimaa kuntum tafrahuuna filardhi bighairilhak wabimaa kuntum tamrahuun]
Ertinya: Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa balasan buruk itu disebabkan dahulu kamu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat)
[surah Al Makmun ayat 75]

Sepatutnya tahun baru disambut dengan penuh rasa syukur kepada Allah dengan berdoa atau menganjurkan majlis-majlis ilmu yang boleh membina dan merangsang minda untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala, bukannya melakukan perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah Subhanahu Wataala.

Ikhwanul Muslimin!
Sekali lagi marilah kita sama-sama menjadikan tahun baru ini sebagai titik tolak untuk memperelokkan akhlak dengan mencontohi peribadi Rasulullah kerana baginda adalah contoh terbaik:
[Laqad kaana lakum fii rasuulillah Hi Uswatun Hasanah - berfungsi sekadar untuk panduan bukannya kaedah betul membaca Al Qur'an]
Ertinya: Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah terdapat contoh terbaik.

Adalah diharapkan juga moga tahun baru ini akan menjadi tahun kegembiraan, bukannya tahun yang mendukacitakan sebagaimana yang berlaku pada tahun-tahun lepas. Dalam mengimpikan hasrat ini, usaha dan tekad perlu berjalan selari kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Begitu juga dengan kebaikan, tanpa azam dan pegangan kukuh pada nilai murni, ia tidak akan dapat dicapai.

Baarakallah Hulii walakum Bilqur'aan Nilkarim Wanafa a'ni Waiyyakum Bil Ayyat Tiwazzikril hakim Wataqabbal minni Waminkum Tilaa Watahuu Innahu Huwassami U'l Aliim Aquu Luqaulii Haaza Wa Astaghfirullah Hal A'ziim maLii walakum Walisaa Irilmuslimiin Na Wal muslimaat Walmukminiin Walmukminaat Fastaghfiruuh Innahu Huwalghafuur Rurrahiim.

Disediakan dan disemak oleh
Panel Khutbah Majlis Agama Islam Kelantan

POST SCRIPT:

Selepas ini sekiranya saya mendapati isi kandungan khutbah itu ada maklumat yang boleh dikongsi, saya akan cuba memasukkan lagi di dalam laman ini. Usah khuatir saya dapat teks bacaan khutbah ini langsung dari Tuan Iman yang berkelulusan ijazah dalam bidang Pengajian Islam, namun orangnya sudah tentulah lebih muda dari saya yang penuh dengan motivasi untuk membawa kita ke arah yang lebih baik.





3 ulasan:

  1. Salam Zainuddin,

    I am humbled & encouraged that you have started blogging as a result of being inspired by the BlogRTM1 interview that I appeared in recently. Thank you so much for being generous & honest in sharing this with me.

    I will read your entries & will comment soon. I wish you luck & hope together all of us bloggers could spread positive & constructive messages to make our society more dynamic & tolerant & global, insy.

    Happy blogging.

    Saya ingin ucapkan, Selamat Tahun Baru.

    BalasPadam
  2. Oh! What a wonderful! when I saw there are ulasan accompanied my catatan. Much less, the positive one. Mrs Ruby! I want to share with you that I am also act according to my impulse[if I'm not mistaken, that's what you've written in your blog, isn't it?

    Saya juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda dan famili anda. Sebenarnya saya juga aktif/berdaftar di dalam mengemaskinikan lokasi-lokasi pada laman web www.wikimapia.org yang mana Mrs Ruby boleh melihat rumah teres saya dari pandangan satelit pada taipan " RUMAH Zainuddin Bin Sulaiman & Famili PT645 Taman Sri Baung "

    BalasPadam
  3. Untuk pengetahuan semua yang melawati laman blog saya, akaun saya di wikimapia yang sebenarnya sudah tiada . Saya telah di " banned " kan, daripada bergiat, membuat catatan baharu, pada laman wikimapia . Sememangnya, saya telah diberi amaran pada peringkat awal, mengenai pelanggaran saya terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa Wikimapia . Pada masa itu, sewaktu saya membuka pautan yang menunjukkan kepada saya, mengenai pelanggaran yang saya lakukan terhadap laman wikimapia, berdasarkan " post "(catatan), yang saya buat(lakukan), saya langsung tidak memahami apakah yang pihak wikimapia dan ahli-ahli berdaftar lainnya, cuba memberitahu saya tentang isu pelanggaran yang telah saya lakukan, walaupun setelah saya " open the link", tersebut .Berpunca dari ....CUKUP SETAKAT INI untuk kali ini, Insy, I will resume later....... thank YOU sooooo MUCH!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam