Ahad, 15 Februari 2009

Peliharalah Jin yang bernama Ra(Ra Jin)

Pekara yang saya ingin perkatakan ini berkaitan atau menyentuh kesemua individu tidak kira anda kecil atau besar, anda lelaki atau anda perempuan, anda baik atau tak baik, anda berbangsa Eropah atau anda berbangsa Asia atau bangsa apa sekalipun anda.



Tajuk yang saya letak di atas yang sebenarnya saya ambil dari guru saya yang mengajar subjek Bahasa Malaysia, kalau saya tak silap guru berkenaan bernama Cikgu Sharifah Aini yang mengajar saya sewaktu saya bersekolah di Sekolah Alam Shah, Jalan Cheras(kini nama Jalan ini telah diubah kepada Jalan Yaacob Latiff). Kerana Cikgu Sharifah Ainilah yang menyarankan kepada murid-murid kelas kami[mungkin murid-murid kelas lain juga] supaya memelihara Jin yang bernama Ra atau dengan lain perkataan sebagai pelajar kita kenalah rajin bukannya malas.

Selepas itu ketika saya menuntut di UiTM[pada ketika itu masih lagi ITM namanya] pada tahun 1985, sewaktu latihan kokurikulum[kesatria]jurulatih kesatria yang merupakan anggota tentera turut menyentuh isu malas dan rajin. Kata anggota tentera tersebut sewaktu memperkatakan tentang mengilap kasut menggunakan jenama Kiwi, para pelatih kesatria hendaklah menggunakan jenama Kiwi yang "R" bukannya "M". Beliau yang sebenarnya cuba menekankan bukan jenama penggilap kasut yang memainkan peranan di dalam menentukan kilatnya sepasang kasut itu sebaliknya sikap Rajin atau Malas seseorang penggilap kasut itulah penentunya kasut yang digilap itu berkilat atau tidak berkilat.

Kini cerita sewaktu saya bertemujanji yakni "appointment" dengan seorang doktor atau Pegawai Perubatan. Saya melihat pada kelulusannya melalui cop getah yakni "Rubber Stamp" pada namanya yang memaparkan bahawa beliau adalah graduan dari Ireland[yang setahu saya graduan dari Dublin, Ireland di dalam bidang perubatan adalah yang terbaik di dunia]lantas saya pun memujinya kerana sudah tentu beliau adalah pelajar terbaik dari Malaysia, yang telah terpilih untuk melanjutkan pengajian di sana. Namun, dengan mentah-mentah beliau menyangkal dakwaan saya tersebut dengan mengatakan walaupun pandai tetapi jikalau seseorang pelajar itu malas tiada gunanya juga. Atau dengan lain perkataan walaupun kita berotak bijak namun kalau tidak digunakan dengan betul, kalau kita masih bersikap malas juga, kebijaksanaan kita itu tidak akan mampu membawa kita kemana.

Ketiga-tiga kisah di atas yang sebenarnya menurut urutan walaupun saya hanya menyatakan tahun 1985 pada kisah yang kedua. Untuk lebih jelas dan meyakinkan, tentang urutan kisah di atas ialah

Kisah pertama berlaku sewaktu saya masih di sekolah menengah, di Kuala Lumpur.

Kisah kedua pula berlaku sewaktu saya sudah pulang dari Australia lantaran terpaksa berhenti dari pengajian lebih awal disebabkan masalah kesihatan, dan saya pada waktu itu sedang menuntut di ITM Kuantan, yang juga tidak dapat menghabiskan pengajian kerana masalah kesihatan yang sama.

Kisah ketiga pula berlaku sewaktu saya sudah berada di alam perkahwinan dan sudah pun mempunyai beberapa orang anak.

Dan sekarang saya cuba berkongsi dengan anda semua tentang tujuan malas dicipta di dalam diri manusia dan kenapa tidak manusia itu senantiasa rajin, dan tidak pernah malas-malas dalam hidupnya. Yang sebenarnya sifat malas di dalam diri manusia itu ada fungsinya, sepertimana fungsinya orang jahat di dalam dunia ini. Tentang sifat malas ini yang saya nampak fungsinya ialah sekiranya seseorang itu senantiasa rajin, maka dia tidak akan berfikir tentang arahan yang diberikan kepadanya, kerana dia akan terus melaksanakan. Sedangkan mungkin, orang yang memberi arahan itu mempunyai agenda di sebalik itu. Tetapi kerana dia[pemberi arahan]itu sudah tahu, faham benar bahawa arahannya akan dilaksanakan tanpa usul periksa dan tanpa ada syak wasangka olehnya maka dia pun mulalah mempergunakan orang yang rajin itu. Yang sebenarnya saya tidak ingin memaksa minda saya untuk pergi lebih jauh lagi di dalam isu malas ini cukup sekadar menyatakan malas itu pasangannya rajin, sepertimana lelaki pasangannya perempuan.

Renung-renungkanlah Jin bernama Ra iaitu Rajin.
Salam hormat dari saya.

14 ulasan:

  1. Satu tulisan yang bagus. Keep on writing Mike.

    BalasPadam
  2. Terima kasih sahabatku di atas komen jujur saudara tersebut.

    BalasPadam
  3. Happy New Year to you & family, Zainuddin. Thank you for visiting my blog & being such a great supporter. Hope 2010 will be a great year for all of us. Salam.

    BalasPadam
  4. Ruby Ahmad, I would like to wish Happy New Year to your family too, and I will be your great supporter, hopefully. Salam back to you.

    BalasPadam
  5. terima kasih Y. Bhg. efemes[Dato' Zakee Che Hassan] dan Saudari Qaseh[Norhanan Zainuddin] di atas komen anda berdua. Saya sungguh-sungguh memandang tinggi di atas komen tersebut.

    BalasPadam
  6. Salam, tuan.
    Saya bersetuju benar dengan catatan tuan ini. Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahirkan dengan kepandaian atau kebijaksanaan secara semula jadi. Faktor utama kejayaan hidup adalah rajin atau malas. Namun saya akui, apabila sesekali 'angin malas' bertiup, alamatnya terbengkalailah tesis saya untuk satu hari. Semoga Allah menjauhkan saya dari tiupan angin tersebut. :)

    BalasPadam
  7. Puan Marniyati,
    Saya sungguh menyanjung tinggi kepada Puan, kerana menjadi pengikut pertama kepada laman blog saya yakni sebagai perintis.

    Namun saya tidak dapat menulis secara prolifik semacam Puan. Melainkan sekadar kemampuan saya.

    Setiap orang ada kelebihannya. Di situlah kelebihan Puan. Kelebihan saya dari sudut lain pula.

    Walaubagaimana pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas komen Puan dan juga kerana menjadi pengikut laman blog saya yang pertama.

    Kesanggupan Puan untuk menjadi pengikut laman blog saya sangat dialu-alu dan dinanti-nantikan
    oleh saya.

    BalasPadam
  8. Saudari Marniyati,

    Setelah membaca pada kali yang ketiga atau keempat atau mungkin lebih kali saya ternampak satu "gagasan" di dalam komen saudari yang mengatakan.."Namun saya akui, apabila sesekali 'angin malas' bertiup, alamatnya terbengkalailah tesis saya.........................Apa yang saya tertarik atau apa yang menarik perhatian saya ialah ungkapan saudari yang menyebut SEMOGA ALLAH MENJAUHKAN SAYA DARI TIUPAN ANGIN TERSEBUT.

    Saya ada menampal sepotong ungkapan falsafah pada dinding bilik tidur anak saya dari M. Yunan Nasution yang berbunyi " Malas adalah kuburan bagi orang hidup "

    Jadi di sini kita semua sebagai bangsa yang menyokong idea 1 Malaysia bolehlah mengambil manafaat dari ungkapan ini untuk dihayati dan diamalkan di dalam kehidupan seharian kita yang saya rasakan tiada bangsa di Malaysia, baik bangsa Cina, India, Iban, Kadazan, Sikh atau pun Melayu yang tidak bersetuju dengan kata-kata "Peliharalah Jin bernama Ra" which literally translated into English as a Be A Hardworking Person and Never Be Lazy.

    BalasPadam
  9. Untuk pengetahuan Dato' dan saudara-saudari pelawat laman blog saya saudari Ruby Ahmad yang turut memberi komen di atas, telah pun pulang ke Rahmatullah, tidak berapa lama dahulu.

    Saya sebenarnya tidak pernah menemui beliau di luar daripada alam maya ini. Kami hanya sekadar berkawan di alam maya, dan belum pun sempat ketemu secara "face to face" dengannya dia telah terlebih dahulu pergi menyahut seruan Tuhan Rabul Jalil.

    Semoga Allah menempatkan roh beliau di kalangan orang-orang beriman. Amin.
    Terima kasih banyak-banyak pada semua yang sudi melawat dan membaca kandungan blog saya.

    BalasPadam
  10. Sudah lama, saya menyepikan diri dari membuat apa-apa " posting "(catatan) pada laman blog ini . Entah kenapa hari ini, diri saya merasa begitu rindukan memori-memori .

    BalasPadam
  11. (the actual date & time on this PC is 10:33 pagi/10:33AM,{1033hrs}; 08/09/2017; Friday /, tarikh yang betul, masa yang betul sebagaimana terpapar pada Komputer Peribadi ini ialah, I wanna translate the Malay version of this page of the original title of " Peliharalah Jin yang bernama Ra(Ra Jin/Rajin)
    Translating literally, the title of Malay version, into English would be some sort of........Raise/Maintain the genie of Ra......Genie namely Ra.[Actually there isn't no such Genie namely Ra], but here we(actually, my Malay{Bahasa Malaysia} teacher namely Cikgu Sharifah Aini, use the phrase of Genie namely Ra, Ra Jin, because it suits)....

    BalasPadam
    Balasan
    1. (the actual date & time on this Personal Computer, is 04:34 petang / 04:34PM;[16:hrs] 12/12/2017;Friday_inilah tarikh dan masa/jam yang betul, sebagaimana yang terpapar di komputer peribadi saya(komputer yang saya sedang gunakan sekarang ini)........actually Maintain, or raise the Ra Jinn[the genie of the Ra], in English, means Be hardworking, becoz, the English word of " Rajin " is don't be lazy ", be industrious .

      Padam
  12. (before I begin, I wanna tell the date, the day and the time that appears on this PC at the bottom on the right hand corner. The date is 30/7/ /2018; the day is monday, and the time that appears is 11:35 AM,

    BalasPadam
  13. ...saya masih teringat kata-kata yang diungkapkan oleh seorang pemandu bas di Kelantan...di mana perbualan di antara dua pemandu tersebut...adalah berlaku di hadapan saya. Apabila bas yang dinaiki oleh saya berhenti, untuk mengambil staf syarikat bas tersebut yang merupakan seorang pemandu juga, beliau disapa dengan satu soalan oleh staf/pekerja bas tersebut. Sapaannya berbunyi, " Eh, awal engkau datang untuk bertugas pada hari ini?...Pekerja/staf/pemandu yang telah disapa itu, lalu menjawab, " [dengan /secara dialek Kelantan] demo kato belako, ini kan kijo, kalu ikut gak, make sedap dok sajer "{terjemahannya ke bahasa standard/bahasa baku ialah, " awak sedaplah bercakap. kan itu prosedur kerja. kalau ikutkan hati / kalau ikutkan perasaan, tiada individu yang hendak bekerja, malahan pada masa yasng sama, tiap kita menyukai, dapat makanan yang sedap-sedap tiap hari, dan tidak bekerja / goyang kaki tiap hari "

    BalasPadam