Ahad, 11 Januari 2009

Teks Khutbah Yang Diimbaskan
















3 ulasan:

  1. ...saya yang merupakan insan bernama Zainuddin Haji Sulaiman, ingin berkongsi mengenai satu perkara iaitu walaupun sebagai seorang penganut Islam, yakni Addin sebagai pegangan kita, di mana ajaran agama Islam telah menetapkan tiap penganut agama Islam tidak boleh/tidak dibenarkan untuk berdusta . Yang mana sehinggakan telah ditetapkan sifat-sifat seorang yang munafik ada/terdapat 4 perkara, di mana sifat orang muslim yang berdusta, sifat berdusta adalah termasuk di dalam salah satu daripada sifat-sifat munafik . Tiga lagi sifat-sifat orang Islam yang munafik, adalah, seorang yang apabila diberi amanah, dia(orang Muslim tersebut) dia khianat . Lagi sifat orang Islam yang munafik, adalah (maaf, saya terlupa, apabila saya ingat semula nanti, saya akan kembali semula di laman blog ini untuk pengemaskinian).

    Apa yang menarik saya di sini, pada hari ini/pada saat ini(kalau diikuti jam pada " Personal computer " saya adalah pada jam 01:38/ pada 27 haribulan November, Tahun Masihi 2018. adalah kuliah agama Islam yang saya pernah hadiri lama dahulu, dari seorang Ustaz, yang bernama Tuan Haji Shamsuddin . Selepas ini saya akan perihalkan biodata mengenai beliau .

    Kuliah beliau mengenai pada masa-masa tertentu, sungguhpun umat Islam ditegah daripada berdusta(bercakap bohong, kerana berdusta, adalah salah satu daripada sifat-sifat orang yang munafik)

    Orang Islam diberi kelonggaran/kebenaran, iaitu diharuskan untuk berbohong(yang mana di dalam Bahasa Inggerisnya disebut, " white lie ")

    Pada masa yang dibenarkan itu, kerana sekiranya kita bercakap benar, ia boleh menjejaskan nyawa kita sendiri .

    Sebagai contoh, kita sedang duduk di atas beranda(atau pada masa dahulu ia disebut sebagai gerai, tempat kita berehat-rehat)
    Selepas itu maka lalulah/berlalulah seorang pencuri(kita mengenali pencuri itu, kerana dia adalah pencuri tersohor di kampung kita )

    Pencuri itu sedang membawa beberapa ekor lembu yang telah dicurinya oleh seorang penternak lembu, di kampung yang sama, kampung di mana penternak kepada lembu yang dicuri tersebut .

    Maka di sinilah, kita sebagai seorang Islam harus pandai memain peranan untuk menyelamatkan nyawa kita . Kedudukan kita di atas beranda/gerai pada masa pencuri itu lalu dengan lembu-lembu curiannya, kita duduk di posisi(katalah, kita duduk di sebelah kanan) .

    Selepas selesai lembu-lembu curian itu habis dari pandangan kita. Maka, kita ubah, posisi kedudukan kita di atas beranda/gerai tersebut yang tadinya di sebelah kanan kepada sebelah kiri .

    Kenapa kita buat begitu(yakni mengubah kedudukan kita dari sebelah kanan kepada kedudukan yang di sebelah kiri pula)

    Sebabnya begini(menurut kata arwah Ustaz Shamsuddin) . Kerana selepas perginya, si pencuri lembu tersebut , sudah pasti akan datang si empunya kepada/tuan lembu tersebut .

    Tuan lembu akan bertanya soalan kepada kita, " Ada ternampakkah orang yang mencuri lembu saya dengan lembu-lembu curian saya, melalui/lalu di sini ?.

    Ustaz Shamsuddin menjelaskan, " kita kena pandai dalam memberikan jawapan. "

    Jawapan yang memberi keselamatan kepada kita, mesti dijawab sebegini , " SEJAK SAYA DUDUK DI SEBELAH SINI[kita sengaja menukarkan posisi kita duduk, supaya kita boleh jawab sebegitu], tiada lagi/belum lagi ternampak lembu-lembu curian yang lalui........

    SEANDAINYA KITA, TIDAK MENGUBAH POSISI KEDUDUKAN, KITA KENA/MESTI BERITAHU YANG SEMEMANGNYA KITA ADA TERNAMPAK LEMBU-LEMBU CURIAN TERSEBUT .

    BalasPadam
    Balasan
    1. ...actually, the Unknown is Me, Zainuddin Haji Sulaiman

      Padam
  2. [CATATAN INI ADALAH SAMBUNGAN DARIPADA CATATAN YANG DI ATAS; Unknown 26 November 2018 10:21 PTG]...oleh kerana itu, maka sudah nampak bahawa begitulah caranya/kaedahnya kita di dalam keadaan terperangkap, otak/minda kita kena berfikir dengan cepat demi melepaskan diri kita walaupun ke peringkat bercakap dusta, sekalipun .

    baiklah, saya katakan di dalam [Unknown 26 November 2018 10:21 PTG], bahawa saya akan nyatakan biodata tentang Ustaz(saya tidak berani untuk memandai-mandai, mengklasifikasikan Ustaz Tuan Haji Shamsuddin sebagai Ulamak...

    Ustaz Tuan Haji Shamsuddin, sepanjang yang saya tahu, beliau adalah kelahiran/berasal dari wilayah Pattani, Thai Selatan . Saya mengenali beliau, sewaktu beliau mengajar kuliah agama Islam di sekitar kampung saya di Pengkalan Chepa . Dan saya juga adalah difahamkan sebelum daripada ini, maksud saya sebelum saya mengenalinya, ketika memberi kuliah-kuliah ajaran agama Islam, di sekitar masjid-masjid atau rumah individu-individu di sekitar pekan Pengkalan Chepa .

    Beliau yang sebenarnya, bergiat/bergerak secara aktif dengan memberi kuliah-kuliah agama Islam, di dalam Masjidil Haram, di Makkatul Al Mukarramah . Seingat saya, beliau telah memberikan kuliah-kuliah di Masjidil Haram, untuk selama berpuluh-puluh tahun, melebihi dua puluh tahun .

    Bahkan, penduduk kota Mekah, yang berbangsa Arab yang mendengar, mengikuti, serta belajar kuliah agama Islam daripadanya tidak menyangka bahawa arwah Ustaz Tuan Haji Shamsuddin, bukan berbangsa Arab, sebaliknya adalah orang-orang Ajam[orang-orang Ajam adalah gelaran yang diberikan kepada Muslimin dan Muslimat yang bukan berasal dari tanah Arab]

    Kenapa saya meng " highlite " perkara ini, adalah kerana untuk berkongsi dengan pelawat laman blog saya, bahawa arwah Ustaz Tuan Haji Shamsuddin, bercakap bahasa Arab dengan sebegitu fasih . Itulah sebabnya, penduduk Arab di kota Mekah sendiri pun gagal mengenal pasti bahawa Ustaz Tuan Haji Shamsuddin rupa-rupanya bukan berbangsa Arab .

    BalasPadam