Sabtu, 29 Ogos 2009

Warlords Call to Arms



Click here to play this game

5 ulasan:

  1. SI SUAMI YANG SERING DIGANGGU KEHIDUPAN PERIBADINYA AKIBAT SIISTERI YANG KUAT BERLETER
    Dalam memperkatakan hubungan suami isteri, pihak suami ada yang menghadapi isteri yang selalu membebel . Saya ingin merakamkan di sini satu kisah yang saya dapati daripada seorang ustaz(beliau sudah meninggal lama dahulu), sewaktu beliau memberikan kuliah di madrasah(surau) di kampung kelahiran saya, di Kampung Batu 6, Pengkalan Chepa, Jalan Sabak, Kota Bharu Bandaraya Islam, negeri Kelantan Darul naim . Kuliah yang disampaikan selepas solat Maghrib, dan akan tamat apabila masuk waktu solat Fardhu Isyak. Lama dahulu, mungkin dua puluh tahun tiga puluh tahun, atau lebih tahun.
    Beginilah isi kuliah yang disampaikan oleh Ustaz tersebut. Nama Ustaz tersebut ialah Allahyarham Ustaz Haji Pak Kob.

    BalasPadam
  2. Ada seorang suami, iaitu seorang ustaz(seorang Ustaz yang berkongsikan kisah seorang Ustaz yang lain) yang mempunyai seorang isteri yang kuat berleter. Sehinggakan, hal-hal yang remeh-temeh pun, isteri beliau tetap merungut. Anak-anak murid ustaz yang mengetahui tentang kisah tersebut, lalu membuat satu syor kepada beliau .
    Anak-anak murid beliau telah memberi cadangan supaya guru mereka menceraikan sahaja isterinya yang kuat membebel itu . Pada pandangan murid-murid, sekiranya guru mereka menerima cadangan itu, maka hilanglah masalah yang dihadapi oleh guru mereka. Dan guru mereka bolehlah menjalani kehidupan dengan aman tanpa diganggu leteren dari isterinya .Namun apabila, cadangan itu diajukan terhadap gurunya, guru mereka bukannya suka dengan cadangan itu, malahan guru mereka telah menolak dengan tegas cadangan yang dikemukakan itu .

    BalasPadam
  3. Murid-murid kepada guru itu, merasa hairan apabila, guru mereka menolak mentah-mentah dengan syor tersebut, supaya beliau menceraikan isterinya . Mereka berfikir, mesti ada sesuatu, kenapa guru mereka tidak mahu menjatuhkan talaq, terhadap isterinya . Anak-anak murid beliau(tuan guru) itu mula, iaitu cuba bertanyakan kepada tuan guru mereka, apakah terdapat rahasia, atau apa-apakah yang menyebabkan tuan guru itu tetap sayang kepada isterinya itu, di mana pada pandangan mata kasar anak-anak murid beliau, mereka merasakan cerailah atau talaqlah penyelesaian yang terbaik untuk guru mereka .
    Guru mereka, lalu memberikan jawapan, apakah rasionalnya untuk beliau tidak menceraikan isterinya itu . Rupa-rupanya, tuan guru mereka mengatakan, beliau akan memperolehi ganjaran pahala yang bertimbun-timbun, apabila beliau sabar, iaitu tidak memarahi isteri beliau pada setiap kali gurunya dileteri oleh isteri beliau .

    BalasPadam
  4. Anak-anak murid beliau, masih tidak berpuas hati, dengan penjelasan dari guru mereka, lalu mengajukan soalan, bahawa isteri beliau(isteri kepada tuan guru mereka) tidakkah akan mendapat balasan dosa yang berterusan kerana beliau meleteri suaminya di atas hal yang remeh-temeh(maksudnya hal yang kecil-kecil pun , siisteri masih lagi berleter terhadap sisuaminya . Dengan menguntum senyuman dibibir, tuan guru mereka memberitahu, bahawa beliau akan memaafkan atau mengampunkan serta-merta kesalahan atau dosa sebaik sahaja isteri beliau habis berleter .
    Dari cerita di atas, kita akan dapat menyedari, bahawa betapa tingginya, iman, tahap kesabaran, wawasan dan terdapat juga elemen-elemen falsafah, atau pun motivasi di dalam jiwa dan minda guru agama tersebut .

    BalasPadam
  5. Saya ingin menambah di sini, bahawa di dalam setiap keburukan, akan terdapat juga kebaikan, seperti mana juga di dalam kebaikan, ianya tidak terlepas dengan keburukan, walaupun ianya mungkin sedikit . Ini adalah kerana, tiada kebaikan yang sempurna, seperti mana tiada keburukan yang total . Saya cuba menulis iaitu berkongsi di sini, iaitu di dalam hati isteri guru agama yang kuat berleter itu, pasti terselit elemen(unsur) kebaikan yang tiada tolok bandingnya . HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI . Terima Kasih . Saya menuntut maap dan silap di atas kekhilafan yang terkandung di dalam tulisan cerita ini. Cerita ini, adalah betul, sepertimana KULIAH MAGHRIB yang disampaikan oleh (Gemulah/Arwah)Ustaz Haji Pak Kob, di balaisah kampung saya, SURAU TOK KAYA; KAMPONG BATU 6, JALAN SABAK, 16100 PENGKALAN CHEPA; kampung di mana saya dibesarkan . Cumakan, saya olahkannya sahaja di dalam bentuk tulisan daripada penyampaian Tuan Haji Pak Kob secara verbal . Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh. TERIMA KASIH_____kepada yang sudi membaca perkongsian saya ini .

    BalasPadam